Pada 23 dan 24 November 2020 Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima lawatan dari Dato' Sri Hajjah Siti Murni binti Dato' Sri Sheikh Ahmad, Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali dan Puan Norlela Zarina binti Ismail, Pengurus Operasi, Ladang Ternakan Kuda Rembau Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan mengadakan perbincangan bagi merangka kerjasama dengan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka berkaitan penawaran pekerjaan kepada penghuni yang ditahan disini. Turut hadir dalam perbincangan ini PKK Mohd Roslen bin Ramly, Bahagian Pengurusan Banduan dan PKP Hairol Hisham bin Mohd Harith, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.