Pada 3 Disember 2020 (Khamis), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak sekitar jam 10.30 pagi bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching, Sarawak. Kunjungan telah diwakili oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh serta beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang baharu selepas dilantik mulai 17 September 2020.