Pada 2 Disember 2020 (Rabu), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kabajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KKWKP) sekitar jam 2.30 petang bertempat di Pejabat Menteri KKWKP, Tingkat 8 Bangunan Baitul Makmur II Petra Jaya Kuching, Sarawak. Kunjungan telah diwakili oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr Ong Phua Hoon, Presiden Persatuan Disleksia Sarawak, YBrs. Puan Caroline Joseph, Pemangku Setiausaha Tetap KWKPK, YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, YDH PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo serta beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memperkenalkan Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang baharu selepas dilantik mulai 17 September 2020.