| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Ke Atas Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah Dan Sarawak

Pada 30 November 2020 (Isnin), Penjara Negeri Sarawak telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Puan Amelati Parnell, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sekitar jam 3.00 petang bertempat di Kompleks Mahkamah Kuching, Sarawak. Kunjungan telah diwakili oleh YDH TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Nixon Kennedy Kumbong, Pengarah Mahkamah Negeri Sarawak, YDH Tuan Jason Juga, Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah
dan Sarawak, YDH PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, YDH PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo serta beberapa pegawai Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Tujuan kunjungan diadakan bagi sesi sual kenal serta mengekalkan hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak.