| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Perpustakaan SHG Telok Mas Dan Program Bacalah ? Kamu Masih Dihatiku

Pada 25 Februari 2020 (Selasa) telah diadakan Majlis Perasmian Perpustakaan SHG Telok Mas Dan Program Bacalah ? Kamu Masih Dihatiku yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Noor Effandi Bin Ahmad, Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri Melaka. Turut hadir Komisioner Supri Bin Hashim, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, En Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM, YBhg. KP Datuk Abdul Aziz Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan PKP Raja Ahmad Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Program ini adalah jalinan kerjasama antara Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dan Jabatan Penjara Malaysia seiring dengan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang bertujuan membentuk masyarakat yang berilmu dan membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Golongan istimewa seperti para pelajar di SHG tidak dipinggirkan dari pelaksanaan program ini.