26 Disember 2019 (Khamis), bertempat di Dewan Orkid Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan Kursus Tatacara Pengiringan Dan Kawalan Banduan PTKJP Bil. E 302 (Pindaan Tahun 2019) yang dikendalikan oleh PPP Syed Jamaludin Bin Syed Ahmad dari Bahagian Keselamatan Dan Inteligen Ibu Pejabat Penjara Malaysia, di mana seramai (20) peserta terdiri daripada (9) Pegawai kanan dan (11) anggota lain-lain pangkat terlibat di dalam kursus tersebut. Antara objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan serta kefahaman yang lebih mendalam berhubung tatacara pengiringan dan kawalan banduan yang sebenar khususnya dari segi penggunaan peralatan keselamatan seperti gari, alat komunikasi (GIRN) dan senjata api kepada pegawai dan anggota semasa menjalankan tugas berdasarkan Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara (PTKJP) Bil. E 302 (Pindaan Tahun 2019). Di akhir kursus, diharap objektif pihak pengurusan untuk melahirkan Pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berilmu dan ?multipurpose? akan dapat direalisasikan.
|