Pada 19 Disember 2019 bertempat di Gopeng, Perak telah diadakan ?Program Leadership and Personnel Empowerment Siri 2? bertempat di sekitar Sg Jahang. Program ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dengan kerjasama AKRAB Penjara Taiping. Program yang telah di adakan bagi tahun yang kedua ini turut melibatkan peserta dalam kalangan kakitangan Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan juga Pusat Latihan Pegawai Penjara (PLPP). Antara intipati program yang telah diadakan termasuk penerokaan Gua Kandu sebagai gua warisan di Perak dan juga cabaran ?white water Rafting?.Program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti serta semangat kerja berpasukan pegawai kearah lebih dinamik dan berkesan, menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus selain mewujudkan keseronokan bekerja dalam kalangan kakitangan.
|