Pada 9 Januari 2019, Penjara Sungai Petani telah menerima kunjungan pegawai-pegawai Mahkamah ke Penjara Sungai Petani yang diketuai oleh YA Roslan bin Hamid, Hakim Wilayah Mahkamah Seksyen . Kunjungan disambut oleh Pengarah Penjara Sungai Petani PKP Nazri bin Mohamad dan Pegawai Kanan serta kakitangan Penjara Sungai Petani. Pegawai -pegawi Mahkamah Sungai Petani diberi taklimat Hukuman Sebat Rotan dan melawat sekitar Penjara Sungai Petani. Objektif utama adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala Jabatan Penjara Malaysia dan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta kerjasama yang erat diantara satu sama lain.
|