Pada 14 Januari 2020, Majlis Makan Malam Sempena Persaraan Pn Hjh Fatimah binti Mohamad, Mantan Guru Besar Sekolah Rendah Agama (JAIM) Penjara Sungai Udang telah diadakan bertempat di Restoran Port Supai, Kuala Linggi. Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan dan menghargai jasa beliau yang telah berkhidmat di SRA JAIM Penjara Sungai Udang sejak pembukaan kompleks penjara pada tahun 2010 yang kini telah menempatkan seramai 200 orang pelajar agama Kafa. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran TKP Noor Aziz Bin Muhammad Noor Pengarah, Penjara Sungai Udang, PKK Faridon Bin Timbalan Pengarah Penjara Sungai Udang, ahli PERSIAP dan kakitangan Penjara Sungai Udang. Majlis ini bermula jam 8.15 malam dan berakhir jam 9.45 malam.
|