Pada 13 Januari 2020 (Isnin) Bersempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-72 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Penjara Negeri Sembilan telah turut sama menyertai majlis persembahan kek yang merupakan salah satu aturcara Sambutan Hari Keputeraan Ke-72 D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang berlangsung di Ruang Legar, Istana Besar Seri Menanti. Majlis persembahan kek ini turut dihadiri PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Muhamad Nazri bin Nasrudin, PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi dan PP Shahrul Nizam bin Husain.
|