| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Penyegaran Peranan Dan Tangungjawab Sarjan Mejar Dan Sub-Inspektor Di Institusi Penjara

Pada 9-10 Januari 2020 bertempat di Dewan Budiman, Penjara Tapah telah diadakan satu Kursus Penyegaran Peranan Dan Tangungjawab Sarjan Mejar Dan Sub-Inspektor Di Institusi Penjara.
Kursus yang telah dijalankan adalah satu bentuk latihan in ? house yang dirancang. Matlamat kursus adalah dalam memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran anggota dalam mengendalikan pesalah dan pegawai dibawah seliaan masing - masing. Peserta kursus ini terdiri daripada 1 Sub-Inspektor dan 21 Sarjan Mejar lantikan baru. Kursus ini lebih ditumpukan kepada Kaedah Pengurusan Kompetensi, Skop / Tugas dan Komunikasi Interpersonal dwi-hala S.M. / S.I. Penyelaras kursus ini adalah TKP Kamarudzaman Bin Hj. Mamat Pengarah Penjara Tapah dibantu oleh Unit Latihan Institusi. Penceramah adalah TPP Mohd Shahrul Bin Md Yusof Ketua Unit Latihan Penjara Tapah.