Pada 26 Januari 2020, Kelab Rakan Muda Masjid Al-Huda dengan kerjasama PERSIAP, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah menganjurkan Program Rekreasi Luar ?Remaja Sihat Tonggak Kesejahteraan Ummah? melibatkan anak-anak kakitangan melibatkan 25 orang dan 15 orang ahli PERSIAP. Program ini bertujuan untuk melahirkan peserta yang berkeyakinan dan berkepimpinan dalam menghadapi kehidupan seharian. Program bermula dengan aktiviti mendaki bukit kluang, LDK dan aktiviti riadah. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah PPA Machang PKK Tuan Mohd Shukri bin Harun dan isteri. Program ini berakhir pada jam 1.30 petang.
|