Pada 28 Januari 2020 bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Tahun Baru Cina. Program yang melibatkan 10 orang penghuni dan 30 orang ahli keluarga ini di kendalikan oleh Unit Pemulihan SHG. Program ini bertujuan untuk memberi kesempatan dan peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga disamping merapatkan hubungan kekeluargaan. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran PKP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar, Pengarah SHG Telok Mas Melaka.
|