Pada 07 Februari 2020 (Jumaat), Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis Seluhur Budi Sejambak Kenangan di Dewan Datuk Maharajalela @ Daim bagi meraikan 11 kakitangan yang telah bersara beserta 10 kakitangan yang berpindah ke institusi yang lain. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Negeri Perak PKK Norwati binti Mat Isa. Turut menghadiri majlis adalah Pengerusi Persiap Negeri Perak Puan Teo Siew Tho serta barisan pegawai-pegawai kanan dan kakitangan institusi ini. Majlis diserikan lagi dengan persembahan ?The E-Stone? band dari Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah. Majlis dimulakan dengan ucapan pengarah Pusat Koreksional Kamunting PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali mewakili seluruh wargakerja institusi ini bagi menyampaikan ucapan terima kasih di atas segala sumbangan pegawai yang dirai bagi meningkatkan mutu kerja di institusi ini. Seterusnya majlis penyampaian cenderahati institusi diserahkan oleh Timbalan Pengarah Penjara Negeri Perak PKK Norwati binti Mat Isa. Majlis berakhir jam 10.00 malam.
|