Pada 15 Februari 2020 (Sabtu), satu Program Pendakian Menuju Puncak Gunung Datuk Rembau, Negeri Sembilan telah diadakan melibatkan 15 anggota Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan bersama 3 anggota dari Pejabat Parol Negeri dan Daerah Negeri Sembilan. Objektif program untuk memberi pendedahan kekuatan mental dan fizikal serta dapat mengeratkan hubungan tali seratulrahim sesama rakan sekerja dengan kerjasama bagi mencapai kejayaan untuk menawan puncak.Para peserta mengambil masa 2 jam untuk menawan puncak Gunung Datuk,Rembau Negeri Sembilan setinggi 884 meter bermula jam 0915hrs hingga 1115hrs. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.Gunung Datuk adalah salah satu dua gunung di penghujung banjaran Titiwangsa.
|