14 Februari 2020 (Jumaat), Program Knowyourself Challenge siri 1/2020 anjuran Unit Pengurusan Psikologi, Unit Latihan (ULIN) dan AKRAB Penjara Wanita telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini juga melibatkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Kota Kinabalu yang hadir dengan pakej kesihatan yang merangkumi pemeriksaan BMI, kandungan gula dalam darah, kolestrol dalam darah, Pap Smear dan momogram untuk kakitangan wanita. Objektif program ini adalah untuk menyebarkan kepentingan penjagaan kesihatan (fizikal), kesejahteraan emosi dan kekuatan agama dalam kehidupan harian. Pengisian program terbahagi kepada 3 elemen iaitu Saringan Kesihatan oleh LPPKN, saringan ujian Personaliti PLUS oleh unit pengurusan psikologi dan Halaqah oleh unit agama. Penutupan program ditutup dengan pengisian senamrobik bagi memberikan ruang kepada kakitangan untuk bersenam dan mengamalkannya pada hari-hari mendatang.
|