Pada 02 Mac 2020, Bengkel Tenun SaraPRIDE Penjara Puncak Borneo telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Amar Hajah Juma?ani Tun Tuanku Haji Bujang, Isteri Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak bagi membincangkan motif songket Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI). Bengkel Songket SaraPRIDE merupakan sebahagian daripada Projek Inovasi Warisan Songket dan Keringkam Sarawak melalui kerjasama antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Puncak Borneo.
|