| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Lawatan Sambil Belajar Ke Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Program Kecergasan Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah Tahun 2020

Pada 23.02.2020 (Ahad) Penjara Pusat Miri telah menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar ke Penjara Pusat Kota Kinabalu yang telah disertai oleh (10) orang anggota dan kakitangan serta (2) wakil PERSIAP Penjara Pusat Miri. Objektif program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada anggota dan kakitangan berkaitan budaya dan etika kerja di penjara tersebut. Pada 24.02.2020 (Isnin) ahli rombongan telah mengikuti Program Kecergasan di Taman Negara Sabah. Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan berjalan kaki menuju ke Laban Rata dan sampai lebih kurang pada jam 3.00 petang. Pada pagi 25.02.20209 (Selasa) rombongan telah memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu. Dalam pendakian ini hanya seramai (7) anggota dan kakitangan yang berjaya sampai di puncak Gunung Kinabalu, manakala ahli yang lain tidak berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu disebabkan masalah kekejangan otot. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan telah membawa nama Penjara Pusat Miri sebaris dengan jabatan lain yang mana anggota dan kakitangan telah berjaya sampai di ke puncak Gunung Kinabalu, Sabah.