| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Operasi Nyah Cemar Di Muzium Penjara Malaysia Melaka

20 April 2020 - Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka yang diketuai oleh Pegawai Bomba kanan II, Encik Khairuddin bersama 8 orang anggota dari Balai Bomba Kubu telah melakukan operasi Nyah Cemar di Muzium Penjara Malaysia Melaka. Untuk makluman sepanjang tahun 2020 Muzium Penjara Malaysia telah menerima kunjungan pelawat melebihi 7000 orang. Sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19 ini, pengurusan Muzium Penjara Malaysia telah melakukan inisiatif melakukan proses nyah cemar bagi menjamin keselamatan pengunjung apabila dibuka nanti selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Operasi yang bermula jam 10 pagi berakhir pada jam 12.00 tengahari.