| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Personal Protective Equipment (PPE) Antara Kerjasama Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Bersama Briged Negaraku

15 April 2020 (Rabu) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah bekerjasama dengan Briged Negaraku dalam misi bantuan menyampaikan sumbangan pakaian Personal Protective Equipment (PPE) kepada Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJ). Turut hadir PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah IPDJ dan En. Khairul Nizam bin Mohd Sopery Presiden Briged Negaraku serta ahli-ahli Briged Negaraku. IPDJ telah membantu untuk menjahit pakaian PPE yang dibekalkan oleh Briged Negaraku sebagai inisiatif menolong keperluan HTJ yang amat memerlukan alat pelindung diri bagi kegunaan kakitangan Hospital tersebut.