Pada 07 Januari 2019 (Isnin) bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Perbarisan Bulanan bagi Bulan Januari yang telah disempurnakan oleh YDH PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Susun atur majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku , Bakti Setia serta bacaan ikrar. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Perutusan Tahun Baru 2019 Ketua Pengarah Penjara Malaysia oleh Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis diakhiri dengan bacaan doa.
|