Pada 05 Januari 2019 (Sabtu), Penjara Wanita Kota Kinabalu telah dipertanggungjawabkan untuk mengelola Kejohanan Bola Jaring Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Terdapat 3 Institusi terlibat dalam kejohanan tersebut yang terdiri Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh PKK Rosman Bin Norman Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah & W.P Labuan. Manakala Naib Johan dimenangi oleh Penjara Wanita Kota Kinabalu dan tempat Ketiga pula dimenangi oleh Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majulah Sukan untuk Jabatan Penjara Malaysia .
|