Kempen Derma Darah Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar Bersama Unit Perubatan Transfusi Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar telah diadakan pada 08/01/2019, jam 09.30 pagi. Kempen Derma Darah turut disertai KP Hj Abd. Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor. Turut dijemput kakitangan Parol Batu Pahat, ODP dan PERSIAP PPA Muar. Penderma merupakan insan yang istimewa dan sumbangan yang telah diberikan tidak ternilai harganya. Untuk menderma darah seseorang didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan juga kakitangan jabatan penjara melaysia. Program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dikalangan kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.
|