Aturcara majlis dimulai dengan upacara tabik hormat oleh YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin ke atas Kawalan Kehormatan seramai 101 orang anggota yang terdiri daripada 2 Pegawai Kanan dan 99 pegawai lain-lain pangkat dan seterusnya ialah menandatangani Plak Perasmian.
YB Menteri Dalam Negeri seterusnya diberi taklimat berkaitan Hala tuju Jabatan Penjara Malaysia dan akhir sekali beliau mengadakan sesi ramah mesra bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. |