Pada 28 Januari 2019 Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima kunjungan En. Mohamed Aizamuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka. Kunjungan balas adalah dalam rangka kerja menjalinkan kerjasama dan membangunkan semula pengoperasian Perpustakaan Sheikh Muszafar dengan memberikan bantuan bahan-bahan bacaan serta memberikan khidmat nasihat pengurusan perpustakaan.
|