Pada 11 Februari 2019, bertempat di Dataran Dewan Gemilang, Penjara Limbang, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Limbang di antara PKP Mohd Izhar Bin Hj Yahya kepada PP Walace Anak Nawon sambil disaksikan oleh TKP Haji Ajidin Bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi dilengkapkan lagi dengan Upacara Membawa Dokumen Serah Tugas dan Tongkat Kuasa dan diteruskan dengan Upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa. Majlis diakhiri dengan PKP Mohd Izhar Bin Hj Yahya bersalaman dengan semua kakitangan yang hadir dan sesi bergambar.
|