| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Deradikalisasi Banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 Bersama PDRM Bahagian E8 ( Counter Terrorism ) Penjara Pusat Kota Kinabalu 2019

Pada 14hb Februari 2019 – Bertempat di Dewan Bistari Penjara Pusat Kota Kinabalu buat julung kalinya, telah diadakan Program Deradikalisasi Banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bersama keluarga banduan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Program dikendalikan dan diketuai oleh DCP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, ACP Abdul Alim Bin Ahmad, P/DSP Wan Ruzailan Bin Wan Rusoff dan L/Kpl. Muhammad Rusyidi Bin Rosli Bahagian E8 (Counter Terrorism) Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman. Turut hadir pegawai-pegawai pemulihan dan pegawai Unit Keselamatan Penjara. Seramai 16 orang Banduan SOSMA terlibat dalam program ini.