Pada 28 Januari 2019, Rumah Tun Teja telah berjaya menganjurkan Program Kebudayaan Tahun 2019 bertempat di Dewan Parameswara. Program ini merupakan aktiviti kokurikulum yang bertujuan untuk meningkatkan bakat dan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan matlamat hala tuju falsafah pendidikan kebangsaan. Seramai 9 kumpulan yang telah mempersembahkan bakat masing-masing. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. KP Datuk Abd Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka, Ketua-Ketua Institusi Negeri Melaka dan AhliJawatankuasa AKRAB Penjara Negeri Melaka.
|