Pada 12 Febuari 2019 (Selasa), Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Marang telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu, bertempat di Dataran Insaf Penjara Marang. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meraikan penghuni-penghuni yang berketurunan Tiong Hua menyambut hari perayaan bersama ahli keluarga disamping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penjara Marang, Penguasa Penjara Mohd Irwan Bin Awang, Ketua Bahagiaan Pemulihan dan Rawatan Timbalan Pengusa Penjara Norimi Bin Ibrahim @ Mat Noor. Seramai 7 orang penghuni telah terlibat dalam program dengan dihadiri ahli keluarga masing-masing. Turut serta meraikan program kali ini wakil daripada Persatuan Bimbingan Agama Buddha Malaysia. Program telah bermula pada jam 09.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 tengah hari. Diharapkan melalui program ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan motivasi serta perangsang kepada penghuni-penghuni untuk terus berkelakuan baik dan berdisiplin sepanjang tempoh pemenjaraan. |