| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ziarah Kebajikan Persiap Malaysia Ke Penjara Puncak Borneo

Pada 31 Januari 2019, YBhg. Datin Sri Hajah Noraini bt. Hj Man, Yang Di Pertua PERSIAP Malaysia beserta rombongan telah berkunjung ke Penjara Puncak Borneo Kuching di bawah Program Ziarah Kebajikan PERSIAP Malaysia dimana seramai 04 orang ahli pesakit kronik telah menerima sumbangan dari PERSIAP Malaysia. YBhg. Datin Sri Hajah Noraini juga seterusnya sudi untuk menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada 2 lagi kakitangan (pesakit kronik /pegawai lelaki) Penjara Puncak Borneo. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Ajidin Bin serta kakitangan PERSIAP Pejabat Pengarah Penjara Sarawak dan 50 orang ahli PERSIAP Penjara Puncak Borneo bersama-sama meraikan ketibaan Ybhg Datin Sri Hajah Noraini serta rombongan ke institusi ini.