| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pusat Miri 2019

Pada 20 Februari 2019 (Rabu) bertempat di Dataran Mini Kenyalang, telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pusat Miri. Seramai 10 Banduan yang terlibat dalam Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina pada tahun 2019. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Pusat Miri, PP Muhammad Khalid Bin Muhammad. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Penguasa Penjara, TPP Mohd Hidayat Bin Ismail dan TPP Mohamad Khairul Farmizi Bin Mohd Asri, wakil dari NGO seperti Pertubuhan Agama Buddha Batu Niah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pemulihan, kakitangan-kakitangan dan ahli keluarga penghuni yang terlibat dalam Program tersebut. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan daripada Pertubuhan Agama Buddha Batu Niah, upacara pemotongan kek sebagai tanda perasmian Jalinan Kasih Penghuni Sempena Sambutan Tahun Baru Cina dan seterusnya dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa dan nyanyian oleh banduan Penjara Pusat Miri. Majlis berakhir jam 11.15 pagi.