Pada 18 Februari 2019 (Isnin), bertempat di Dewan Harmoni, telah diadakan Program Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang. Seramai 200 penghuni terlibat dalam program tersebut yang telah disempurnakan oleh TPP Wong Seng Siang. Turut sama hadir ialah PPP Rathakrishnan A/L Kanniah, IP Tharumanraj A/L Nadaraja, wakil dari NGO Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan dan anggota unit pemulihan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian singa dan nyanyian koir yang di kendalikan sendiri oleh penghuni Penjara Kajang. Program ini di adakan bertujuan untuk meraikan warga penghuni penjara yang berketurunan Tionghua dan mewujudkan satu jalinan kerjasama yang baik antara wakil-wakin NGO dengan pihak jabatan.
|