Pada 24 Februari 2019 bersamaan hari Ahad, Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program Ceramah Anti Dadah Sempena Bulan Anti Dadah Peringkat Penjara Sungai Petani bagi Tahun 2019. Seramai 98 orang penghuni beserta kakitangan awam terlibat dalam program tersebut. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah tentang Bahaya Dadah kepada diri, Masyarakat dan Negara oleh penceramah dari AADK Daerah Kuala Muda iaitu Tn Khairul Farizan Bin Tn Abdullah Zawawi. Majlis diserikan lagi dengan perasmian penutupan program oleh Pengarah Penjara Sungai Petani , Yang Mulia PKP Raja Nazril Azman Bin Raja Azam Iskandar. Turut hadir dalam majlis tersebut TPP Zaini Bin Ahmad, SI Abdul Malek B. Baharudin dari Ibupejabat polis Daerah Kuala Muda,TPP Mohd Yusrizal Bin Othman Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Kakitangan Unit Pemulihan serta Pegawai lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani, Kedah.
|