| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi Bulan Februari 2019

26 Februari 2019- (Selasa) Bertempat di Dataran Ibu Pejabat Penjara Malaysia,(Baharu) Kajang telah berlangsung Perbarisan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi Bulan Februari 2019. Perbarisan Bulanan ini merupakan julung kalinya diadakan di Dataran Ibu Pejabat Penjara Malaysia (Baharu) setelah dirasmikan pada 12 Februari 2019 yang lalu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik (Negaraku, Keharmonian Rakyat dan Bakti Setia) dan diikuti dengan lafar ikrar yang diketuai oleh Penguasa Penjara Muhammad Asri bin Ali dari Bahagian Pemindahan Banduan Asing.

Majlis diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat kepada YM PKP Raja Mohd Amazon bin Raja Daud, Pengarah Penjara Alor Setar dan disudahi dengan ucapan oleh yang YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.