| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sempena Bulan Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Penghuni Penjara Marang, Terengganu 2019

19 Febuari 2019 (Selasa), satu program ceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Marang telah diadakan di Surau Al Falah Penjara Marang, Terengganu. Program yang julung kali diadakan bagi tahun 2019 ini telah melibatkan seramai 200 orang penghuni penjara dari pelbagai jenis kesalahan dadah seperti heroin, morfin, ganja dan sebagainya.

Antara lain tujuan utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penghuni tentang kesedaran untuk menjauhi najis dadah setelah dibebaskan kelak. Turut hadir adalah Inspektor M. Ariff Hakimie Bin Razali daripada Unit Pemulihan Dan Rawatan merangkap urusetia pada program kali ini.

Program telah bermula seawal jam 09.30 pagi dan berakhir jam 01.00 petang. Diharapkan agar ceramah seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi memastikan proses rawatan dan pemulihan dapat dilakukan secara proaktif dalam usaha memulihkan diri banduan agar ianya dapat kembali ke pangkal jalan dan meneruskan kehidupan yang lebih baik.