27 Februari 2019 (Rabu) : Kolej Komuniti Selandar, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Dusun Dato Murad. Program yang berlangsung selama satu hari itu melibatkan seramai 35 orang pelajar dan 3 orang tenaga pengajar telah dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato Murad, Unit PPI dan juga Unit Agro. Program dimulakan dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato Murad, sesi Mesej Dari Penjara yang melibatkan seramai 5 orang penghuni dan lawatan ke sekitar kawasan agro. Acara penutupan program telah disempurnakan oleh TPP Shamsul Izak Bin Samli selaku Timbalan Pengarah (Keselamatan) Penjara Dusun Dato Murad.
|