Pada 21 Februari 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Sri Mutiara, Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Program Kepimpinan Dan Temu Seru Bersama Pelajar Tahun 2019. Program telah dirasmikan oleh YB. Soon Lip Chee (Exco Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang). Seramai 100 orang pelajar dari SMK Mak Mandin, Butterworth & SMK Kampong Kastam bersama 10 orang guru telah terlibat dalam program tersebut. Kolabarasi Penjara Negeri Pulau Pinang, Pejabat Exco Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, IPK Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Konsep program yang dijalankan adalah Forum Kepimpinan, Kerjaya dan Perkongsian Ilmu serta pengalaman hidup ODP. Diantara tetamu yang hadir adalah TKP Roslan bin Hj, Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, SAC Dato Mohamd Anil Shah, Ketua Jabatan Pencegahan Dan Keselamatan Komuniti IPK Pulau Pinang, En Ismail Bin Mohd Said, Ketua Sektor Kemanusiaan dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, PKK Husin bin Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai & PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.
|