Pada 9 Mac 2019 (Sabtu), telah diadakan Program Lawatan Turun Padang YBHG. Puan Sri Datin Paduka Noorainee Binti Haji Abdul Rahman, Penaung Puspanita Cawangan Kementerian Dalam Negeri ke Penjara Bentong. Ketibaan YBhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee Binti Haji Abdul Rahman disambut oleh YBhg. Komisioner Jeneral Penjara Dato Sri Haji Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia dan YBhg. Datin Sri Hajah Noraini Binti Man, Yang Dipertua Persiap Malaysia. Turut sama hadir pada program ini YBhg. Dato Seri Alwi Bin Hj. Ibrahim, Ketua Setiausaha Merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Kementerian Dalam Negeri, YBhg Datin Seri Robaaishah Binti Mohd Ghazali, Pengerusi Puspanita Cawangan Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Datin Norlizah Binti Ag Ahmad, Timbalan Penaung Puspanita Cawangan Kementerian Dalam Negeri. Rombongan lawatan dibawa masuk ke Dewan At-Tarbiyyah Penjara Bentong dan disambut dengan persembahan Selamat Datang oleh penghuni wanita Penjara Bentong. Antara pengisian program lawatan tersebut adalah slot penceritaan liku-liku kehidupan oleh penghuni wanita, lawatan ke Bengkel Tenun Pahang Diraja Penjara Bentong dan Bengkel Pastri Penjara Bentong. YBhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee Binti Haji Abdul Rahman juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan hiasan kek yang bertemakan Hari Wanita yang disertai oleh penghuni wanita Penjara Bentong.
|