Pada 07 Mac 2019 (Khamis), Bahagian Pemindahan Antarabangsa Banduan dan Hal Ehwal Antarabangsa, IPPM dengan kerjasama Bahagian Pemulihan Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina untuk banduan/banduanita warganegara Republik Rakyat China bertempat di Padang Utama, Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD). Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato Seri Micheal Chong (Malaysia China Welfare Advisory Society), KP Tn. Abdul Kadir bin Rais (Pengarah Penjara Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan), PKK Preshahdin bin Monshee (Timbalan Pengarah Pemindahan Antarabangsa Banduan dan Hal Ehwal Antarabangsa), PKK M. Basakaran A/L S. Muthiah (Timbalan Pengarah Penjara Kajang), PKK Lim Kim Mooi (Pengarah Penjara Wanita Kajang) serta wakil-wakil NGO, ahli keluarga dan anggota yang terlibat. Seramai 150 penghuni terlibat dengan program yang dimeriahkan dengan persembahan tarian singa dan persembahan nyanyian oleh banduan/banduanita.
|