Pada 13 Mac 2019, Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah menjalankan aktiviti gotong-royong membasmi Aedes/Denggi. Aktiviti ini telah dijalankan selama 1 hari melibatkan 15 anggota Penjara dan 40 Orang DiSelia (ODS). PRP Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah beriltizam menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat dan aktiviti yang dijalankan ini bertujuan memupuk budaya hidup yang sihat dalam kalangan penghuni untuk menjamin kehidupan yang sejahtera. Di samping itu, aktiviti gotong royong ini juga membantu memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga PRP tentang pencegahan demam denggi serta menjadikan warga PRP lebih peka terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes.
|