Pada 30 Januari 2020 (Khamis) bertempat di Dataran Perhimpunan Pagi dalam Penjara Kajang telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Seramai 30 penghuni yang terlibat dalam program tersebut. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Kajang , PKK M.Basakaran A/L S.Muthiah. Turut sama memeriahkan majlis PP Nasruddin B. Md. Kassim, wakil dari Pejabat Pengarah Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan dan PPP Noor Alang Wangsa B. Muhamad Nor, Pegawai-Pegawai Kanan, dan Pegawai Pemulihan. Seramai 63 orang ahli keluarga penghuni yang terlibat dalam program ini. Majlis diserikan lagi dengan persembahan seperti tarian naga dan nyanyian lagu oleh penghuni Penjara Kajang. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.