14 Mac 2019 (Khamis) : Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah telah mengadakan Audit Kawalan Vektor & Kesihatan di Penjara Dusun Dato Murad. Audit tersebut telah dijalankan dengan jayanya oleh seramai 10 orang Pegawai daripada PKD Melaka Tengah dan melibatkan keseluruhan kawasan termasuk kuartes kakitangan. Audit tersebut bertujuan untuk memantau tahap kesihatan dan kawalan vektor berada pada tahap yang terbaik di persekitaran kawasan dan juga dikalangan kakitangan serta banduan. Pengauditan bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 3.00 petang.
|