| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja KP Ariffin Bin Mohd Noor, Pengarah Pengurusan Banduan, IPPM Ke Pusat Koreksional Kamunting, Perak

21 MAC 2019 (SABTU) - Pada 16 Mac 2019 yang lepas, Pengarah Pengurusan Banduan, KP Ariffin bin Mohd Noor telah menjalankan lawatan kerja ke Pusat Koreksional Kamunting. Beliau diiringi oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, PP Harun bin Awang, dan Ketua Unit Vokasional dan Industri Pusat Koreksional Kamunting, PPP Mohd Azmen bin Ibrahim melawat sekitar projek yang dijalankan oleh Unit Vokasional dan Insdustri Institusi. Program dimulakan dengan melawat ke Unit Kolam Ikan Air Tawar PK Kamunting (ikan keli), kemudiannya ke Unit Ternakan PK Kamunting (lembu, kambing dan kelulut), dan akhir sekali ke Unit Pertanian Dalam (UPD) PK Kamunting (tanaman sayuran).