26 Februari 2019 (Selasa) : Unit Integriti, Bahagian Sumber Manusia dan Jawatankuasa AKRAB Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Lawatan Insaniah Dan Kesedaran Untuk Penjawat Awam ke Penjara Dusun Dato Murad. Lawatan tersebut telah disertai oleh seramai 40 orang kakitangan MPKS dan ketibaan rombongan lawatan telah disambut oleh TPP Shamsul Izak Bin Samli selaku Timbalan Pengarah (Pengurusan) Penjara Dusun Dato' Murad. Aturcara program dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato Murad. Bermula dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato Murad, sesi ceramah Mesej Dari Penjara bersama penghuni dan lawatan ke persekitaran kawasan agro
|