Pada 17 Mac 2019 (Ahad), seramai 35 Pegawai Kanan, 100 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan 50 kakitangan awam terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan bertempat di Dataran Ikrar Bulanan, PPA Machang. Perbarisan diketuai oleh TPP Ismawi bin Ismail. Acara dimulakan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan, diantara PKK Mohamad Rosidek bin Musa dan PKK Zaidi bin Hamid disaksikan oleh TKP Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Negeri Kelantan.
Turut hadir PP Ahmad Kamarrudin bin Yaacob, Wakil Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, PP Mohd Rusli bin Abd. Rahman Timbalan Pengarah PPA Machang serta Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Desa Pahlawan dan wakil-wakil Pegawai Parol Daerah. Di akhir majlis, PKK Mohamad Rosidek bin Musa telah bersalaman dengan semua anggota dan kakitangan yang hadir dan diakhiri dengan sesi bergambar. |