02 April 2019 (Selasa) : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Dusun Dato Murad. Program lawatan tersebut telah disertai seramai 50 orang kakitangan dan telah dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato Murad serta Unit PPI. Aturcara program dimulakan dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato Murad, sesi Mesej Dari Penjara yang melibatkan seramai 5 orang penghuni dan lawatan ke persekitaran kawasan agro. Program tersebut telah diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan makan.
|