Pada 03 dan 04 April 2019, Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Kajang telah mengadakan Minggu Kesedaran Anti Dadah Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019 bertemakan Dadah : Bahagia atau Sengsara yang melibatkan penyertaan seramai 400 orang penghuni. Program tersebut telah berlansung di Pusat Pemantapan Kerohanian (PPK) yang berobjektifkan kepada pencegahan dan pemahaman penghuni tentang bahaya dadah. Antara pengisian kempen pada kali ini ialah ceramah anti dadah yang disampaikan oleh Tuan Hj Izzudin Bin Ghazali (Ketua Unit Psikologi), pertandingan pidato, pertandingan lukisan mural dan persembahan busking. Program ini diserikan pembukaannya oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh dan telah dirasmikan penutupannya oleh PKK M. Basakaran a/l S. Muthiah, Timbalan Pengarah Penjara Kajang.
|