Pada 10 April 2019, Unit Agama, Penjara Wanita telah mengadakan Program Bicara An-Nisa iaitu ceramah bertajuk Tanggungjawab dan hak wanita dalam keluarga Islam. Ceramah tersebut diadakan di Dewan Refflesia, Sekolah Integriti Wanita Kota Kinabalu yang melibatkan 100 penghuni dan 10 orang pegawai. Penceramah jemputan adalah YA. Taherah binti Tahir, Hakim Mahkamah Syariah, Negeri Sabah diiringni oleh Ketua Inspektor Penjara Farrinah binti Gou Rahman. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu tentang hak dan tanggungjawab wanita terutamanya sebelum dan selepas berkahwin.
|