Pada 30 Januari 2020 (Khamis), Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Bengkel Pencegahan Kematian Dalam Tahanan bertempat di Bilik mesyuarat Delima Pusat Koreksional Kamunting. Seramai 18 kakitangan telah terlibat dalam bengkel tersebut dan 4 orang Penolong Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Larut Matang Selama Taiping telah dijemput untuk memberi ceramah tentang CPR@pertolongan cemas. Di samping itu, bengkel tersebut diteruskan dengan simulasi banduan menggantungkan diri di dalam sel. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada anggota yang bertugas di dalam blok penghuni berkaitan langkah-langkah pencegahan kematian dalam tahanan dan mewujudkan satu garis panduan yang lengkap dalam memastikan tindakan yang diambil mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Bengkel tersebut disudahi dengan sesi fotografi, penyampaian cenderahati kepada penceramah dan jamuan makan tengahari.