Pada 6 April 2019 (Sabtu) Unit Bahagian Agama dan Kaunseling Institusi telah menganjurkan Program Isra Dan Miraj Peringkat Penghuni Sekolah Henry Gurney dengan penglibatan kehadiran seramai 400 orang penghuni. Program anjuran bersama Kesatuan Guru-Guru Halaqah Negeri Melaka telah dimulakan dengan bacaan tilawah dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amirul Fadly. Majlis penutupan telah disempurnakankan oleh TPP Yusni Bin Habibullah, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan institusi.
|